Yesterday.......hubby bawa jalan, dia cakap lama suda ndak tgk wayang. Jadi kami jalan p 1B paling dekat.. malas mo meredah kk. sampai ja tgk list movie yang ditayangkan DILWALE, THE BOY, THE 5TH WAVE, OLA BOLA, MAT MOTOR.........ada lain lg tapi ndak ingat suda. hubby suru pilih filem mana 1 mo d tengok..pikir pikir pikir ok tgk OLA BOLA..
Ola Bola ni merupakan filem sukan arahan Chiu Keng Guan dan
dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne
Tan, Katrina Ho, Bront Palarae dan Frankie Lee. Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Tanpa sedar keluar juga AirMataHatiJiwa tgk filem ni terutamanya scene yang ada dialog "kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama". Bukan tengok cerita jiwang-jiwang ja boleh nangis, tengok Ola Bola pun boleh terharu dengan semangat kesukanan mereka. Teringat pula zaman sekola ketika aktif dalam sukan. Yang best lagi dalam filem ini ia membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati. Bagi peminat bola tengok la filem ini. Best.
Haaaaa.. ada lg...kalau nak tengok Ola Bola mesti dapat free keychain macam ni.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan