Jumaat, Mei 06, 2016

Musibah Pengalaman..Dihempap Pokok

Cerita 03.05.2016 Selasa
Jam 2 petang..cuaca agak baik jd fikir-fikir nak balik awal bab nak p bayar bil-bil. Ketika sampai di Kg. Ulu Kukut hujan mulai turun dan bila sampai di Kg. Pandasan hujan makin lebat berserta dengan angin, guruh dan kilat. Hujan yang lebat menyebabkan pemandangan agak sukar. Namun saya masih meneruskan perjalanan seperti biasa. Ketika sampai di satu selekoh di Kg. Penampang tiba-tiba kereta tiba-tiba berhenti serta merta dan saya sikit terdorong ke depan dengan bunyi guruh yang sangat kuat. Apabila saya melihat di hadapan cermin kereta retak dan apabila saya melihat sekeliling kereta dipenuhi dengan dahan dan ranting pokok. Rupa-rupanya sebatang pokok besar tumbang dan menghempap kereta ketika saya lalu. Bumbung kereta kemek teruk dan air hujan memasuki dalam kereta. Kereta yang lalu dari dua arah berhenti untuk membantu memotong mengalihkan dahan-dahan dan batang pokok yang besar tersebut. Setelah itu beberapa orang membantu saya keluar dari kereta. Kemudian saya berlari berteduh di sebuah rumah yang berdekatan. Apapun saya masih bersyukur kerana saya selamat dan tidak mengalami kecederaan. Terima kasih kepada semua yang membantu.


 Keadaan setelah hujan berhenti..pokok berjaya dipotong dan dialihkan. (Tidak sempat mengambil gambar ketika pokok belum dipotong)

Sabtu, April 30, 2016

Ibu Amirul & Uwais dan Baby Damia Husna: 21 Jenis Makanan Sunnah

Ibu Amirul & Uwais dan Baby Damia Husna: 21 Jenis Makanan Sunnah: Tengahari tadi suami saya memberitahu bahawa dia akan ke kenduri (maka tidak dapat ber'dating' dengan saya). It's okay for me...

Jumaat, April 29, 2016

SAHABAT...PERGIMU TAK KAN KEMBALI

Hari ini saya cuti untuk majlis kahwin anak buah. Saya mengambil kesempatan hari ini untuk menziarahi kawan yang 'Telah Kembali KepadaNya". Memandangkan saya memang biasa dengan keluarga arwah membuatkan saya sebak apabila melihat Ibu arwah, dan adik-beradiknya satu persatu. Namun yang paling menghibakan hati dan membuat air mata ini menitis apabila di satu sudut saya melihat adik kedua arwah sedang menyusukan anak arwah tersebut. Melihat anak-anak arwah yang kesemuanya adalah perempuan dan masih kecil lagi membuatkan air mata terus mengalir tanpa menghiraukan orang disekeliling memandang. Apabila melihat arwah sedang dikapankan membuatkan air hangat bertakung dikelopak mata. Sedar akan hakikat bahawa arwah benar-benar telah pergi meninggalkan keluarga, sahabat-sahabat dan semua yang mengenali beliau. Masnirawati @ Nilang semoga aman dikau di sana. Kami akan menyusul juga satu hari nanti.

Khamis, April 28, 2016

Masnirawati@Nilang

Terkejut, tidak percaya...itulah yang dirasai oleh ramai kawan-kawan bila mendengar berita pemergian seorang kawan dan sahabat sekolah menengah dahulu. Masnirawati Bt. Marjalan atau nama panggilannya 'Nilang' di kalangan kami telah pergi kembali ke rahmahtullah siang tadi.
Menurut cerita dari ramai kawan-kawan kematian beliau adalah disebabkan oleh buatan orang, ada juga yang mengatakan ia disebabkan oleh kesan dari pembedahan selepas bersalin. Wallahhualam..Apa pun punca kematian hanyalah sekadar asbab kepada janji yang pasti iaitu MATI.
Ini menyedarkan kita bahawa kematian tidak mengira usia, bila sampai masanya giliran kita pula.
Sempat ber'mesej' dengan arwah dan bertanya khabar. Sesungguhnya banyak kenangan bersama beliau ketika zaman sekolah. Semoga beliau ditempatkan di dalam golongan yang beriman. Aamiin.

Rabu, April 06, 2016

e-tukar sesi 2/2016

Memohon e-tukar lagi bagi sesi 2/2016. Bila buka https://etukar.moe.gov.my/  paparan ini keluar...

DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN BAGI SESI 2/2016 AKAN DIBUKA PADA 4 APRIL 2016 BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Hari seterusnya.....
 
DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN BAGI SESI 2/2016 AKAN DIBUKA PADA 5 APRIL 2016 BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. HARAP MAKLUM.

dan hari ini.....


DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN BAGI SESI 2/2016 AKAN DIBUKA PADA 8 APRIL 2016 BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. HARAP MAKLUM.

 aisey...bila la dibuka permohonan tukar ni....

Selasa, Mac 22, 2016

Jangan Menilai Seseorang Dari Luaran

Jangan Menilai Buku Dari Luarannya sama la maksudnya dengan jangan menilai seseorang dari luaran atau pakaian atau penampilannya. Tapi suda menjadi kebiasaanya orang kita yang suka menilai seseorang dari luarannya. Termasuklah saya sendiri yang kadang-kadang juga turut suka ati ja menilai seseorang. So...jangan hairan la bila orang lain pun akan judge kita kan.

Contoh tanggapan kita pada seseorang:
1.Orang yang rajin beribadah, dianggap seorang yang jujur.
2.Orang yang hensem, dianggap orang yang baik.
3.Orang yang pandai, dianggap boleh jadi ketua.
4.Orang yang mempunyai rumah mewah kereta mewah, dianggap orang yang berjaya.
5.Orang yang berpanampilan seperti orang bodoh, dianggap orang bodoh.
dan banyak lagi faktor luaran yang kita anggap itu ini.

Sebenarnya kadang-kadang apa yang kita nampak adalah bukan apa yang kita fikir. Saya ada seorang kawan bergelar Datin. Bukan datin main-main tapi ni Datin betul-betul sebab 'husbandnya' mendapat gelaran 'Dato'. Pada mulanya dapat tahu bahawa dia adalah "Datin" sudah tentu saya fikir dia ni minta puji dan berlagak. Lebih-lebih lagi dia sentiasa menonjol dalam apa sahaja aktiviti dan program yang kami lakukan. Memanglah menonjol Datin kan. Tapi bila kami sama-sama dilantik menjadi JU PPM baru saya tau dirinya. Suka bercakap memang itulah dirinya sentiasa pot pet pot pet, apa sahaja dia suka kongsi dengan kita pengalaman, ilmu dan apa sahaja tanpa rasa bangga dan riak, malah dia sentiasa cakap dia tidak pandai dan merendah diri. Bila ada perkara yang dia tidak tahu, dia akan berterus terang tidak tahu dan akan bertanya kepada rakan yang lain. Seronok dapat berkenalan dan berkawan dengan  c 'Datin'.

Seorang lagi sahabat yang pada mulanya melihat diri dan penampilannya bukan sahaja saya malah rakan-rakan kerja yang lain pun menganggap dirinya berlagak kerana tidak suka berbual dengan rakan-rakan lain. Tapi bila dapat berbual dengannya, dia bukan seperti yang kita lihat. Dia memang suka berpenampilan menarik, jadi apa masalahnya kan. Dia juga memang pendiam dan bermuka ketat membuatkan orang lain sangka dia sombong. Cuma kadang-kadang kita manusia ni sentiasa berasa tidak puas hati dengan orang lain. Oleh itu, jauhilah perasaan seperti itu, ianya tidak baik untuk diri sendiri juga. Sentiasalah berfikiran positif dengan orang lain.

Bila bercakap tentang positif pula, sama seperti peribahasa ini 'Jangan menilai seseorang pada luarannya' di mana bila kita beranggapan seseorang itu baik maka baik la dia, tapi sebenarnya adalah sebaliknya. Seorang sahabat ini tiada siapa yang menyangka akan sikapnya. Pada mulanya sahabat ini meminjam (rm) dalam kuantiti yang sedikit dan berjanji akan membayarnya. Alhamdulillah dia seorang yang menepati janji dan membayar duit yang dipinjamnya. Kemudian terus meminjam dan meminjam lagi, namun bila sampai satu tahap sahabat sukar untuk membayar lagi sehinggalah mencecah kepada jumah yang agak tinggi. 'Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga'..(betulkah peribahasa yang saya gunakan ini). Akhinya saya dapat tahu bahawa bukan saya seorang sahaja inividu yang jadi mangsa tempat dia buat 'loan'. Namun beberapa rakan kerja yang lain turut menjadi mangsanya, malah dengan jumlah yang lebih tinggi lagi. Bila dilihat tiada siapa akan sangka atau berkifir bahawa sahabat ini berbuat demikian. Sahabat ini sangat baik, dan berpenampilan menarik. Kerja-kerja yang dia lakukan sangat baik dan teliti. Dari segi keluarga pula, semua adik-beradiknya mempunyai kerjaya yang baik, malah bapanya dikenali sebagai seorang yang alim dan menjadi rujukan di kampunnya. Sahabat ini juga tidak mempunyai masalah kesihatan yang kritikal. Semua rakan-rakan yang lain turut berfikir apakah masalah yang dihadapi sebenarnya. Apapun semoga sahabat ini diberikan jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Itulah hakikatnya manusia di dunia ini. Kita tidak dapat menilai sesiapa pun dengan hanya sekali pandang sahaja. Malah kadang-kadang kita kenal lama dengan seseorang itu, belum cukup untuk kitamengenalinya. Apa pun kita hendaklah sentiasa positif dan dalam masa yang sama kita juga hendaklah berhati-hati dengan masyarakat disekeliling kita.

Sabtu, Mac 19, 2016

BENGKEL JU PPM



Sempat posing di atas bukit ( Taman menara dekat prasekolah Sk. Mangaris...belum siap)


Prasekolah Sk. Mangaris KM  (18 mac 2016 , Jumaat) - Saya mengikuit bengkel Fail bersama 4 orang rakan JU yang lain dengan diketuai oleh Penyelaras Prasekolah Kota Marudu, Sabah. Apa yang menarik ialah pengalaman memandu menaiki bukit yang curam menuju ke sekolah Mangaris. Sepanjang memandu tidak habis2 saya membaca doa. Takut kereta yang dipandu menggelonsor ke belakang. Udara yang nyaman dan pemandangan yang menghijau memberi kelebihan kepada Prasekolah ini kerana kedudukannya di atas bukit.


Prasekolah Sk. Mangaris