Khamis, Februari 25, 2016

KIMCHI

Kimchi adalah salah satu jenis acar sayuran seperti yang juga dibuat di negeri-negeri lain. Ia mirip dengan sauerkraut dari Jerman, paocai dari Cina, tsukemono dari Jepun, achar dari India, dan berbagai jenis acar dari kawasan lain. Setiap jenis kimchi mengandung vitamin-vitamin yang penting bagi orang Korea serta juga cita rasa khas yang menimbulkan beraneka reaksi kuat dari orang yang pertama kali merasanya.
#penulis Sedarlah! di Korea

Memandangkan pengaruh drama-drama korea sekarang ni membuatkan ramai rakyat malaysia (terutamanya anak remaja) yang ingin menjadi orang korea. Muka nak macam korea, rambut korea, baju korea...bla bla bla....n makan pun nak makan makanan korea. Sebenarnya saya respect juga dengan drama-drama korea ni, sebab mereka mempromosikan makanan tradisional mereka secara tidak langsung terutamanya KIMCHI....

Tapi apa kaitan kimchi dengan saya...

Saya pengemar ulam-ulam...salah satu sayuran yang menjadi ulam kegemaran saya adalah kubis..biasanya kalau malas nak masak, saya ambik kubis..hiris2..letak bawang merah..letak bilis...perah limau...letak garam..emm dah cukup saya berselera nak makan..alaaaaa selera orang kampung katakan...Oleh kerana kawan-kawan sibuk bercerita tentang kimchi, saya pun teringin juga nak makan n rasa kimchi ni...Di sini saya jumpa cara nak buat kimchi (kubis) dari fb seseorang..mulanya saya nak share saja melalui fb tp malu pula bila kawan cakap nanti saya pun dah terpengaruh dengan korea...hihi..so saya kongsikan di sini sahaja sebagai simpanan peribadi..









#Fb:AimahRasidi
#tvm

Tiada ulasan: