Sabtu, Februari 27, 2016

TARIAN

Malam ni adalah majlis berinai anak buah. Tahniah kepada kedua mempelai. Selepas majlis selesai acara karaoke pula. Memang suda kebiasaan di kg ni majlis kahwin ka, bertunang ka, hari jadi ka, sambut anak baru lahir ka, dan kadang-kadang majlis khatam al-Quran pun ada karaoke. tak tau nak cakap apa. Bila namanya karaoke mestilah ada nyanyi-nyanyi dan menari-nari. Haaaa ni la nak cerita pasal tarian ni.

Poco-poco, Jamilah, Pakiring, Diang-diang, Manuk-manuk Lembukun, Likumia (maaf kalau nama tarian salah bab bukan arif sangat)....dan entah apa lagi nama tarian mesti ada dalam majlis.  Tarian-tarian ni saya suka namakan tarian orang UMNO. Biasanya orang UMNO dan orang-orang Zumba la yang 'goyang sana goyang sini' menari tarian-tarian ini. Tarian ini juga disertai oleh adik-adik kecik sampai ke makcik-makcik, ibu-ibu dan nenek-nenek suka sangat menarinya. Dan kadang-kadang saya tengok si ibu menolak-nolak anak untuk pergi menari.

Maaf bukan nak bicarakan soal dosa dan pahala di sini, kerana saya sendiri bukan sebaik-baiknya insan. Bukanlah juga jeles sebab saya tak pandai menari, dan bukan juga temberang, takbur, riak sebab tunjuk baik, tapi memang saya tak boleh bawa diri nak ikut majlis tari-menari ni. Kadang-kadang timbul juga keinginan untuk ikut berseronok dengan kawan-kawan dan keluarga sambil menari-nari. Tapi berat sangat hati, badan dan kaki untuk menyertainya.  Sebenarnya saya menari juga, tapi menari sorang-sorang di rumah...(kesian kan..huhu)

Walau apa pun, itu adalah hak peribadi masing-masing kan. Tak payah nak salahkan sesiapa di sini. Saya sekadar bercerita disebabkan melihat gelagat kaum Hawa yang terhinjut-hinjut menari di majlis kahwin anak buah tadi. Jangan saja lepas ni karaoke di majlis kahwin ada tarian Raver dan Hipster. Kesian nanti makcik-makcik yang tak nak ketinggalan menari tarian sotong ni. Aduhai Makcik.

1 ulasan:

Lina c'ting berkata...

wah..habislah...klu urg tua pn mnari...cm pning plk tgk