Isnin, Februari 29, 2016

Telekung Siti Khadijah





First time kenal telekung Siti Khadijah dari seorang kawan di sekolah yang mempromosikan telekung ni melalui whatsApp awal tahun lepas (2015). Terus tertarik masa 2 tapi fikir nak beli sebab mahal. Walau macamana pun tetap tak hilang dari niat nak beli suatu hari nanti. Lepas 2 nampak pula kat goshop lagi murah berbanding kat kawan.Tapi belum beli lagi bajet belum cukup.

Satu hari buka laptop kemudian cari website goshop. Cari-cari barang akhirnya jumpa Telekung Siti Khadijah. Apa lagi terus beli.

Telekung ni yang saya dapat Klasik Plain dengan kain dan dapat free gift inner. Kainnya memang sejuk dan nyaman. Saya hadiahkan Telekung ni kepada ibu tercinta. Pas ni akan beli untuk sendiri pula.

#loveibu
#loveme
#lovegoshop

Sabtu, Februari 27, 2016

TARIAN

Malam ni adalah majlis berinai anak buah. Tahniah kepada kedua mempelai. Selepas majlis selesai acara karaoke pula. Memang suda kebiasaan di kg ni majlis kahwin ka, bertunang ka, hari jadi ka, sambut anak baru lahir ka, dan kadang-kadang majlis khatam al-Quran pun ada karaoke. tak tau nak cakap apa. Bila namanya karaoke mestilah ada nyanyi-nyanyi dan menari-nari. Haaaa ni la nak cerita pasal tarian ni.

Poco-poco, Jamilah, Pakiring, Diang-diang, Manuk-manuk Lembukun, Likumia (maaf kalau nama tarian salah bab bukan arif sangat)....dan entah apa lagi nama tarian mesti ada dalam majlis.  Tarian-tarian ni saya suka namakan tarian orang UMNO. Biasanya orang UMNO dan orang-orang Zumba la yang 'goyang sana goyang sini' menari tarian-tarian ini. Tarian ini juga disertai oleh adik-adik kecik sampai ke makcik-makcik, ibu-ibu dan nenek-nenek suka sangat menarinya. Dan kadang-kadang saya tengok si ibu menolak-nolak anak untuk pergi menari.

Maaf bukan nak bicarakan soal dosa dan pahala di sini, kerana saya sendiri bukan sebaik-baiknya insan. Bukanlah juga jeles sebab saya tak pandai menari, dan bukan juga temberang, takbur, riak sebab tunjuk baik, tapi memang saya tak boleh bawa diri nak ikut majlis tari-menari ni. Kadang-kadang timbul juga keinginan untuk ikut berseronok dengan kawan-kawan dan keluarga sambil menari-nari. Tapi berat sangat hati, badan dan kaki untuk menyertainya.  Sebenarnya saya menari juga, tapi menari sorang-sorang di rumah...(kesian kan..huhu)

Walau apa pun, itu adalah hak peribadi masing-masing kan. Tak payah nak salahkan sesiapa di sini. Saya sekadar bercerita disebabkan melihat gelagat kaum Hawa yang terhinjut-hinjut menari di majlis kahwin anak buah tadi. Jangan saja lepas ni karaoke di majlis kahwin ada tarian Raver dan Hipster. Kesian nanti makcik-makcik yang tak nak ketinggalan menari tarian sotong ni. Aduhai Makcik.

Bahulu Tembikai


By : mieza zainol

BAHAN BAHAN
5 biji Telur
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula 

 1 tsp Ovallet
1 cwn Susu Cair
1/2 cwn Minyak Masak


CARA CARA
1. Pukul telur + gula + ovallete hingga kembang.
2. Masukkan susu cair..diselang selikan dengan tepung gandum
3. Masukkan minyak & pukul hingga sebati semuanya
4. Bahagikan pada 3 bahagian
  • Merah
  • Hijau
  • Putih
5. Sapukan minyak pada acuan yang hendak digunakan
6. Masukkan warna merah dahulu, kemudian wrna putih sedikit & wrna hijau.
7. Kukus hingga masak lebih kurang 15minit
     & sehingga masak
8. Siap untuk di hidangkan

***saya bukan sengaja nak copy paste resepi orang lain...saya buat sebagai simpanan peribadi dan rujukan nak belajar memasak..hihi..tq mieza zainol atas resepi yang dikongsikan.

Khamis, Februari 25, 2016

KIMCHI

Kimchi adalah salah satu jenis acar sayuran seperti yang juga dibuat di negeri-negeri lain. Ia mirip dengan sauerkraut dari Jerman, paocai dari Cina, tsukemono dari Jepun, achar dari India, dan berbagai jenis acar dari kawasan lain. Setiap jenis kimchi mengandung vitamin-vitamin yang penting bagi orang Korea serta juga cita rasa khas yang menimbulkan beraneka reaksi kuat dari orang yang pertama kali merasanya.
#penulis Sedarlah! di Korea

Memandangkan pengaruh drama-drama korea sekarang ni membuatkan ramai rakyat malaysia (terutamanya anak remaja) yang ingin menjadi orang korea. Muka nak macam korea, rambut korea, baju korea...bla bla bla....n makan pun nak makan makanan korea. Sebenarnya saya respect juga dengan drama-drama korea ni, sebab mereka mempromosikan makanan tradisional mereka secara tidak langsung terutamanya KIMCHI....

Tapi apa kaitan kimchi dengan saya...

Saya pengemar ulam-ulam...salah satu sayuran yang menjadi ulam kegemaran saya adalah kubis..biasanya kalau malas nak masak, saya ambik kubis..hiris2..letak bawang merah..letak bilis...perah limau...letak garam..emm dah cukup saya berselera nak makan..alaaaaa selera orang kampung katakan...Oleh kerana kawan-kawan sibuk bercerita tentang kimchi, saya pun teringin juga nak makan n rasa kimchi ni...Di sini saya jumpa cara nak buat kimchi (kubis) dari fb seseorang..mulanya saya nak share saja melalui fb tp malu pula bila kawan cakap nanti saya pun dah terpengaruh dengan korea...hihi..so saya kongsikan di sini sahaja sebagai simpanan peribadi..









#Fb:AimahRasidi
#tvm

Sabtu, Februari 20, 2016

Majlis Nikah Nephew

 Nephew...Avian

Pasangannya..Fifi

Memeriahkan majlis pernikahan anak buah tadi di Masjid Kg. Pantai Emas. Selamat menjalani kehidupan baru dan tanggungjawab baru. Majlis rasmi akan berlangsung minggu depan 28.02.2016 (Ahad).


Jumaat, Februari 19, 2016

GANA Kota Marudu 2008


 Me and Sofea

Kenangan terindah bersama Sofea dan Linda. Kerja meredah jalan berlumpur, masuk hutan, dikejar anjing dan 'kerbau pendek', selama seminggu sambil membawa misi. Walaupun dah lama berlalu namun ia tetap dalam ingatan dan menjadi kenangan yang sangat melucukan. Miss u and semoga sihat dan bahagia dengan life sekarang.

#Tebu
#KasutBootHitam

Ahad, Februari 07, 2016

Quotes - RT

" It is as near to you as your life, 
but you can never wholly know it"

Rabindranath Tagore


Isnin, Februari 01, 2016

JOM TENGOK WAYANG

Yesterday.......hubby bawa jalan, dia cakap lama suda ndak tgk wayang. Jadi kami jalan p 1B paling dekat.. malas mo meredah kk. sampai ja tgk list movie yang ditayangkan DILWALE, THE BOY, THE 5TH WAVE, OLA BOLA, MAT MOTOR.........ada lain lg tapi ndak ingat suda. hubby suru pilih filem mana 1 mo d tengok..pikir pikir pikir ok tgk OLA BOLA..

Ola Bola ni merupakan filem sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae dan Frankie Lee. Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Tanpa sedar keluar juga AirMataHatiJiwa tgk filem ni terutamanya scene yang ada dialog "kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama". Bukan tengok cerita  jiwang-jiwang ja boleh nangis, tengok Ola Bola pun boleh terharu dengan semangat kesukanan mereka. Teringat pula zaman sekola ketika  aktif dalam sukan. Yang best lagi dalam filem ini ia membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati. Bagi peminat bola tengok la filem ini. Best.

Haaaaa.. ada lg...kalau nak tengok Ola Bola mesti dapat free keychain macam ni.