Keinginan untuk sambung belajar. Tapi nak pilih open u mana
or
Universiti Terbuka Malaysia ataupun Open University Malaysia merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Universiti ini menjalankan pendidikan jarak jauh,
pengajian secara atas talian atau bersemuka. Lebih menumpukan kepada
pekerja yang ingin mendapatkan pendidikan pengajian tinggi secara separa
penuh. Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) merupakan sebuah
Universiti Terbuka pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini ditubuhkan
dan dimiliki oleh Multimedia Technology Enhancement Operations (METEOR) Sdn. Bhd. iaitu gabungan atau konsortium 11 universiti Institut Pengajian Tinggi Awam Utama di Malaysia. Merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama
menggunakan kaedah 'ODL' (Open Distance Learning) secara interaktif. Kini,
Universiti Terbuka Malaysia mempunyai Pusat Pembelajaran di seluruh Malaysia.
Di antaranya di Kolej Telekom Taiping,
Pusat Matriks Universiti Islam Antarabangsa
Petaling Jaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia
dan lain-lain. Universiti Terbuka Malaysia ini mempunyai pusat pembelajaran
wilayah di Kelantan, Kedah, Penang, Perak, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Sabah
dan Sarawak.
ASIA E UNIVERSITY (AeU), satu-satunya universiti Malaysia
bertaraf antarabangsa. Universiti itu menerima mandat penubuhan dari gabungan
32 buah negara yang merupakan ahli Asia Co-operation Dialogue (ACD)? ACD adalah
forum antara benua iaitu selain daripada perjumpaan setahun sekali, ia juga
melaksanakan projek-projek tertentu. AeU adalah salah satu daripadanya. Pada
ACD Dialogue di Doha, Qatar 2006, ACD meluluskan penubuhan AeU yang akan
diterajui Malaysia. Kursus-kursus yang dilaksanakan adalah kursus ijazah,
sarjana dan kedoktoran. Sistem pembelajarannya menggunakan sistem konvensional
serta sistem pembelajaran internet. Selain ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, AeU
juga mengendalikan pusat pembelajaran di luar negara, antaranya di India.
----Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140716/re_03/Selamatkan-Asia-E-Universiti---AeU-daripada-jatuh-ke-tangan-lain#ixzz431xZSeyJ
© Utusan
Melayu (M) Bhd

2 ulasan:
jom smbng bljr kt
insyaAllah...belajar hingga hujung nyawa..
Catat Ulasan