Selasa, Mac 22, 2016

Jangan Menilai Seseorang Dari Luaran

Jangan Menilai Buku Dari Luarannya sama la maksudnya dengan jangan menilai seseorang dari luaran atau pakaian atau penampilannya. Tapi suda menjadi kebiasaanya orang kita yang suka menilai seseorang dari luarannya. Termasuklah saya sendiri yang kadang-kadang juga turut suka ati ja menilai seseorang. So...jangan hairan la bila orang lain pun akan judge kita kan.

Contoh tanggapan kita pada seseorang:
1.Orang yang rajin beribadah, dianggap seorang yang jujur.
2.Orang yang hensem, dianggap orang yang baik.
3.Orang yang pandai, dianggap boleh jadi ketua.
4.Orang yang mempunyai rumah mewah kereta mewah, dianggap orang yang berjaya.
5.Orang yang berpanampilan seperti orang bodoh, dianggap orang bodoh.
dan banyak lagi faktor luaran yang kita anggap itu ini.

Sebenarnya kadang-kadang apa yang kita nampak adalah bukan apa yang kita fikir. Saya ada seorang kawan bergelar Datin. Bukan datin main-main tapi ni Datin betul-betul sebab 'husbandnya' mendapat gelaran 'Dato'. Pada mulanya dapat tahu bahawa dia adalah "Datin" sudah tentu saya fikir dia ni minta puji dan berlagak. Lebih-lebih lagi dia sentiasa menonjol dalam apa sahaja aktiviti dan program yang kami lakukan. Memanglah menonjol Datin kan. Tapi bila kami sama-sama dilantik menjadi JU PPM baru saya tau dirinya. Suka bercakap memang itulah dirinya sentiasa pot pet pot pet, apa sahaja dia suka kongsi dengan kita pengalaman, ilmu dan apa sahaja tanpa rasa bangga dan riak, malah dia sentiasa cakap dia tidak pandai dan merendah diri. Bila ada perkara yang dia tidak tahu, dia akan berterus terang tidak tahu dan akan bertanya kepada rakan yang lain. Seronok dapat berkenalan dan berkawan dengan  c 'Datin'.

Seorang lagi sahabat yang pada mulanya melihat diri dan penampilannya bukan sahaja saya malah rakan-rakan kerja yang lain pun menganggap dirinya berlagak kerana tidak suka berbual dengan rakan-rakan lain. Tapi bila dapat berbual dengannya, dia bukan seperti yang kita lihat. Dia memang suka berpenampilan menarik, jadi apa masalahnya kan. Dia juga memang pendiam dan bermuka ketat membuatkan orang lain sangka dia sombong. Cuma kadang-kadang kita manusia ni sentiasa berasa tidak puas hati dengan orang lain. Oleh itu, jauhilah perasaan seperti itu, ianya tidak baik untuk diri sendiri juga. Sentiasalah berfikiran positif dengan orang lain.

Bila bercakap tentang positif pula, sama seperti peribahasa ini 'Jangan menilai seseorang pada luarannya' di mana bila kita beranggapan seseorang itu baik maka baik la dia, tapi sebenarnya adalah sebaliknya. Seorang sahabat ini tiada siapa yang menyangka akan sikapnya. Pada mulanya sahabat ini meminjam (rm) dalam kuantiti yang sedikit dan berjanji akan membayarnya. Alhamdulillah dia seorang yang menepati janji dan membayar duit yang dipinjamnya. Kemudian terus meminjam dan meminjam lagi, namun bila sampai satu tahap sahabat sukar untuk membayar lagi sehinggalah mencecah kepada jumah yang agak tinggi. 'Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga'..(betulkah peribahasa yang saya gunakan ini). Akhinya saya dapat tahu bahawa bukan saya seorang sahaja inividu yang jadi mangsa tempat dia buat 'loan'. Namun beberapa rakan kerja yang lain turut menjadi mangsanya, malah dengan jumlah yang lebih tinggi lagi. Bila dilihat tiada siapa akan sangka atau berkifir bahawa sahabat ini berbuat demikian. Sahabat ini sangat baik, dan berpenampilan menarik. Kerja-kerja yang dia lakukan sangat baik dan teliti. Dari segi keluarga pula, semua adik-beradiknya mempunyai kerjaya yang baik, malah bapanya dikenali sebagai seorang yang alim dan menjadi rujukan di kampunnya. Sahabat ini juga tidak mempunyai masalah kesihatan yang kritikal. Semua rakan-rakan yang lain turut berfikir apakah masalah yang dihadapi sebenarnya. Apapun semoga sahabat ini diberikan jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Itulah hakikatnya manusia di dunia ini. Kita tidak dapat menilai sesiapa pun dengan hanya sekali pandang sahaja. Malah kadang-kadang kita kenal lama dengan seseorang itu, belum cukup untuk kitamengenalinya. Apa pun kita hendaklah sentiasa positif dan dalam masa yang sama kita juga hendaklah berhati-hati dengan masyarakat disekeliling kita.

Tiada ulasan: