Khamis, Mac 29, 2007

Tahniah Mamat

Setiap hamba Allah di muka bumi ada rezeki masing-masing...terpulang kita sebagai individu untuk mencapai dan memperolehi rezeki yang telah dibahagi-bahagikan kepada kita...

Cakap pasal rezeki ni saya nak ucapkan TAHNIAH kat Mamat (nama glamor)...betul atau tidak saya belum dapat kepastian dari mulut mamat sendiri..saya hanya mendapat khabar dari Awang bahawa Mamat berjaya mendapat kerja di LHDN...ya saya ingat lagi...Mamat memang ada memohon kekosongan jawatan di LHDN tersebut...Mamat juga ada mengajak saya untuk memohon bersama....tapi saya menolak kerana tarikh tutup penghantaran borang yang sudah dekat....saya takut borang yang dihantar nanti tidak sempat sampai....sia-sia ja(tu la selalu ja fikir negatif)
menurut maklumat yang diberikan oleh Awang Mamat mendapat tempat di KL..dan kemarin (28/03/2007-Rabu) Mamat ada pulang ke kampung....
Semalam Mamat ada menghantar sms kat saya...dia nak turun kat tempat saya bekerja....tapi saya beritahu kat dia, saya cuti nak p KK ada urusan yang nak diselesaikan.....tapi saya tak juga jadi turun KK bab ada perkara yang tidak dapat dielakkan dan saya kena buka CC juga.....
Pagi tadi...Man ada datang cari Mamat.....mungkin diorang berjanji nak berjumpa....saya antar sms kat Mamat bahawa Man cari dia....pas tu tak tau la sama ada Mamat dan Man berjumpa atau tidak....
Tapi saya belum puas hati lagi ni.....sebab saya belum pasti Mamat nak jalan p KL ke ni tak....sampai hati Mamat tak beritahu saya berita gembira ni.....(saya tak merajuk la...eksyen ja)
apa pun saya doakan Mamat sentiasa murah rezeki, berjaya dalam apa jua yang diimpikannya n sihat selalu...
Amin.

Good Luck Boy_Superman (Mamat la tu)..hehe

Tiada ulasan: