Jumaat, Disember 07, 2007

Juana p Tawau

Assalamualaikum....

Hari ni aku dapat sms dari Juana....

"smkum..aku on the way p tawau, hehe"

aku berfikir sejenak....p Tawau....Juana buat apa ke sana...
Juana nak ke rumah bakal mak mentua dia agaknya...eh bfnya orang Kuala Penyu bukan Tawau..
aku pun balas balik sms Juana n tanya dia buat apa kat sana, tapi smsku tak dibalas...tak cukup kredit agaknya atau Juana saja nak berahsia dengan aku...tak apalah..nanti dia balik dari Tawau aku akan tanya....bukan apa...Juana adalah kazen aku yang paling rapat...
tapi sejak dia bekerja di KK, kami seperti terputus hubungan....dulu dia masih nak hantar sms kat aku and bercerita apa sahaja. Tapi sekarang, bertanya khabar pun jarang sekali. kadang kala aku sahaja yang rajin menghantar sms...aku hantar 10 perkataan 2 perkataan tapi tak pernah dibalas...

Isnin, November 26, 2007

Fatinz

Selamat Pengantin Baru buat Fatin...
maaf la tak dapat datang d majlis Fatin hari tu....
Jan Marah ya...
:)

Jumaat, Oktober 12, 2007

Akhir Ramadhan...

Assalamualaikum.....
Kita dah sampai ke penghujug bulan ramadhan....camna dengan puasa anda penuh ke atau banyak yang ponteng....tidak baik tau ponteng posa ni...tu adalah kewajipan kita..tidak boleh tidak, kita kena posa juga...jangan la buat bermacam-macam alasan untuk tidak berposa..kalau sakit jadikan posa sebagai penyembuhnya...

Ahad, September 30, 2007

Salam Ramadan


Assalamualaikum....
lama ndak masuk and update umahku ni....
anyway SELAMAT MENYAMBUT RADAMAN ....
rasanya berlum t'lambat lagi saya ucap SeLamaT BerPuasa kepada semua...

Ahad, September 02, 2007

Boy & Girl

Ada sepasang kekasih ini (c Boy ngn c Girl) telah berjanji sehidup semati bersama...(ala biasalah janji manis ni senang dilafaz tapi sukar untuk dilaksanakan) Kalau dahulu Boy selalu menerima sms atau panggilan dari Girl..tapi kin sms atau panggilan Boy pun Girl tidak mo balas....aku pun bertanya dengan Girl...kenapa dia bersikap demikian terhadap Boy...
jawapannya ringkas..."aku dah tak ada perasaan lagi dengan dia"...aku beritahu padanya supaya menjelaskan kepada Boy perkara sebenar...tapi Girl tidak sampai hati untuk memberitahu perkara sebenar kerana Girl takut Boy tidak akan dapat menerima kenyataan dan akan melakukan perkara bodoh...Boy terlalu menyayangi Girl....aku tahu perkara itu kerana Boy pernah memberitahu padaku yang dia lebih menyayangi Girl lebih daripada nyawanya...Boy pernah mengelar tangannya untuk membuktikan cintanya terhadap Girl...

Boy memohon agar aku dapat menasihati Girl dan meminta Girl menerima Boy...Girl pula meminta aku menasihati Boy supaya bersikap waras dan menerima kenyataan bahawa percintaan mereka sudah berakhir....

Sebagai kawan aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa....aku hanya meminta agar mereka berdua bersemuka dan selesai perkara dari hati ke hati dengan cara yang baik....

untuk Girl...aku tidak boleh memaksa Girl untuk menerima Boy meskipun Boy adalah sahabat baikku kerana ini adalah soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa…aku harap Girl dapat memberi penjelasan terhadap Boy walaupun mungkin sukar untuk diterima oleh Boy…

untuk Boy...aku minta maaf kerana aku tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan perhubungan kalian….aku amat kagum dengan kasih Boy terhadap Girl…seperti yang aku pernah katakan apa yang kita nampak tidak semestinya dapat disentuh dan apa yang kita suka tidak semestinya dapat dimiliki….Boy aku harap ko dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik lagi….kelak ko akan menemui insan yang lebih baik...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya…..

Isnin, Julai 02, 2007

{HaNa}

Hana......

lama tak jumpa Hana..and dah lama juga aku tidak berhubung dengan hana...bukan apa masing-masing sbuk..
tapi tiba-tiba dati Hana kol saya....
Alhamdulillah...Hana dapat kerja sebagai.....(tak jelas la masa Hana kol tadi jd aku tak berapa dengar)...di DBP..Hana akan mengikuti kursus induksi di KL...hari jumaat ni Hana akan berlepas...aku bagitau ngan Hana nak jumpa dia sebelum dia jalan nanti....aku akan turun KK nak jumpa Hana...

K Hana jan lupa ya....aku akan jumpa ko nanti....

Jumaat, Mei 18, 2007

Cinta 4 Penjuru

Tut..tut..tut...
aku pantas membaca sms yang baru masuk

"bus nti ksi tau sma bliau aku lmbt pulng ah, nti aku pulng cna jg. ksi tau cm tu ah klu bliau tny"

lantas aku tekan reply

"ok"

sudah menjadi kebiasaan Faiz macam tu. Sekiranya dia hendak pergi ke mana-mana, dia tidak akan menelefon bapa mertua dia terus, sebaliknya aku yang menjadi sasaran untuk menyampaikan hal tersebut, dan selalunya Faiz akan meminta agar saya tidak memberitahu ke mana dia hendak pergi sebenarnya tetapi meminta aku memberitahu bahawa dia hanya lewat pulang. Bapa mertuanya juga tidak akan banyak bertanya.

Pernah sekali aku bertanya kenapa dia tidak boleh lekat di rumah. Faiz akan menjawab 'boring kat rumah tiada kawan'. Isteri dan anaknya kan boleh jadi kawan juga. tak tahu la. Pernah juga Faiz memberitahu bahawa ada cerita disebalik perkahwinan dia dengan isterinya. Aku sekadar menjadi pendengar setia setiap masalah atau apa jua cerita yang disampaikannya.

Pernah dengar tak 'orang tengah' dalam dunia percintaan biasanya dialah yang menjadi pasangan hidup anda ataupun akhirnya jatuh cinta dengan si 'orang tengah' tadi. Memang banyak kes dan situasi seperti ini berlaku di kalangan anda di luar sana kan. Tapi dalam kes Faiz bukannya jatuh cinta tapi keadaan yang memaksa.

Jumaat, Mei 11, 2007

ALong Balik Sabah

bunyi sms.....cepat-cepat aku buka n baca...eh no sapa ni..namun aku baca juga...

"Askum num..pa kbr...ingt sya tk..Along.......................Along da kt Sbh skg ni........"

Along kawan lama saya form 5 dulu...nama sebenar dia Zurianah.....Along berhijrah ke KL bila tamat je SPM...nak kerja cari pengalaman katanya...tk lma pas tu Along kwin (dah jadoh dia) orang KL juga...apsal org sbh suka sgt kwin ngn org sana ye....pa pun asal korang bahagia ok la tu tk kira ngan sapa n org mana psngan korang....Along dah ada seorang anak (5 thn) tapi lupa tanya pla pompuan ke lelaki....bila ingat semula rindu la kat Along and kawan-kawan ketika sekolah menengah dulu...kitorang memang gila-gila kt skola n kelas...kawan-kawan yang lain tak tau plk berita diorang camna....

P/S:Along balik KL nanti jan lupa kat KB ye....

Jumaat, April 06, 2007

cite ntah pa ntah

assalamualaikum....nak cite skit ni...
adalah seorang costumer ni nak surf internet sambil nak wat assigment adik dia pasal 'adat istiadat perkahwinan'.... tapi tu bukan citenya....yang nak dijadikan cite ni costumer tu.........
sebijik cam kawan aku satu kelas dulu "NAN"....cara dia cakap tu kalau boleh semua dia nak explain, dia wat semua orang ni tak tau apa-apa...dia ja yang tau n dia jak yang pandai n dia ja yang terrer....alamak sori Nan kutuk ko jap...hehehe jan marah.....
c costumer ni tadi rupanya belajar kat Politeknik KK...di bagi kuar la (print) result exam dia...itu pun dia nak bgtau..."yang ni result abg sem 1 n yang ni result abg sem 2"....dia bukannya cakap kat aku la...dia bgtau kat adik pompuan dia....jeles...tak la..adik dai tu baru 7 tahun la....jelessssss......memang la aku jeles juga...bab aku ni tak belajar tinggi-tinggi cam diorang tu....aku ni bodoh!!!!....eh tak lah...result aku tak la segempak Nur Amalina ...tapi kira boleh jalanlah kalau nak masuk kat Politeknik atau mana-mana IPT....sememangnya aku pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran kat IPT...tapi kerana hidup yang serba kekurangan ini maka aku pendamkan sahaja niat murniku itu....iskiskkiskiskiskkk...oleh kerana keinginan untuk belajar ini tetap kuat, aku akan mengisi apa-apa sahaja borang yang aku jumpa.....bukan jumpa kat tong samapah la....kat dalam internet (online Application)..tapi bila dah dapat tawarannya....aku pandang begitu sahaja....ciannya aku...dan baru-baru ini aku berjaya ditawarkan untuk belajar di OUM......
Sesungguhnya, niat untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi tetap terpahat di sudut hati ini....walau pun usia sudah meningkat atau sudah berkeluarga (kalau..) aku tetap...tetap..dan tetap akan berjaya juga untuk menggenggam dan menjulang segulung 'tikar mengkuang'.......hahahahahaahaaa.....kena negko...

SeLamaT Maju JaYa untuk anda semua..............

Khamis, Mac 29, 2007

Tahniah Mamat

Setiap hamba Allah di muka bumi ada rezeki masing-masing...terpulang kita sebagai individu untuk mencapai dan memperolehi rezeki yang telah dibahagi-bahagikan kepada kita...

Cakap pasal rezeki ni saya nak ucapkan TAHNIAH kat Mamat (nama glamor)...betul atau tidak saya belum dapat kepastian dari mulut mamat sendiri..saya hanya mendapat khabar dari Awang bahawa Mamat berjaya mendapat kerja di LHDN...ya saya ingat lagi...Mamat memang ada memohon kekosongan jawatan di LHDN tersebut...Mamat juga ada mengajak saya untuk memohon bersama....tapi saya menolak kerana tarikh tutup penghantaran borang yang sudah dekat....saya takut borang yang dihantar nanti tidak sempat sampai....sia-sia ja(tu la selalu ja fikir negatif)
menurut maklumat yang diberikan oleh Awang Mamat mendapat tempat di KL..dan kemarin (28/03/2007-Rabu) Mamat ada pulang ke kampung....
Semalam Mamat ada menghantar sms kat saya...dia nak turun kat tempat saya bekerja....tapi saya beritahu kat dia, saya cuti nak p KK ada urusan yang nak diselesaikan.....tapi saya tak juga jadi turun KK bab ada perkara yang tidak dapat dielakkan dan saya kena buka CC juga.....
Pagi tadi...Man ada datang cari Mamat.....mungkin diorang berjanji nak berjumpa....saya antar sms kat Mamat bahawa Man cari dia....pas tu tak tau la sama ada Mamat dan Man berjumpa atau tidak....
Tapi saya belum puas hati lagi ni.....sebab saya belum pasti Mamat nak jalan p KL ke ni tak....sampai hati Mamat tak beritahu saya berita gembira ni.....(saya tak merajuk la...eksyen ja)
apa pun saya doakan Mamat sentiasa murah rezeki, berjaya dalam apa jua yang diimpikannya n sihat selalu...
Amin.

Good Luck Boy_Superman (Mamat la tu)..hehe

Selasa, Mac 27, 2007

Take Precaution B4 Marriage..

Assalamualaikum...

sudah lama aku tidak menjengah blogku ini..kita dah hampir ke penghujung bulan mac...
bagaimana dengan anda? sudahkah mencapai sasaran yang ingin dilakukan pada bulan ini....
jangan bertangguh lagi...selesaikan secepat mungkin...

siapa yang ingin meluahkan perasaan kat orang yang diminati beritahulah sekarang...
siapa yang berhajat nak meminang anak dara orang...ha..hantarlah rombongan sekarang....
siapa yang nak melangsungkan perkahwinan... semoga majlis anda berjalan dengan lancar....
tapi ingat........ jangan sekarang sayang....!!!!!!!


Before marriage. .
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage. .
DIE,i'll die with u .
After marriage.
"U die, up to u. "

Before marriage. .
U go anywhere. . I follow u.
After marriage. . .
U go anywhere. . up to u.
soo long married. . .
U go anywhere better get lost!!

Before wedding
u are my heart, u are my love"
After wedding
"u get on my nerves. "

Before wedding
"u are sweet and kind just like
Cinderella"
After wedding
"u are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like
it or
not, I'm
stuck with u
After wedding
Roses are dead, I am blue.U get on
my head, I
will sue u

Before wedding
Every dating he brings u to Shangri-La
After wedding
U want to go, he says u 'wait-la'

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or
biawak.....

Khamis, Februari 08, 2007

Part of my body

EYES:
Will always see you for the way you really are, your true self.

EARS:
Will always have them open to listen.

MOUTH:
To always tell you the truth and give their opinions,
tell you when you mess up or do something good.

SHOULDER:
Will offer when you need one to cryon,
will be your strength when you find it hard to carry yourself.
Will always let you lean on them.

HEART:
To love you for who you are and not judge,
Will always have a place there for you.

HANDS:
To hold yours when you need a little guidance,
To lend when you need help,
and to help you up when you may fall.

ARMS:
Will always make you feel comfortable in them and to offer hugs
when you need one.
Will try to warm when you are cold.

FEET:
To walk with you throughout your life
and be the best friend they can be

Take care my Friend

Ahad, Januari 21, 2007

Jalan kaki


hidup ada suka dan duka..ada masanya kita senang n ada masanya kita susah..

kemarin saya kena suruh jalan kaki...jalan dekat yang menuju kat rumah saya sedang dibaiki...kereta 'pick up' tidak boleh melalui jalan tersebut untuk ke rumah saya...jadi driver 'pakcik' yang selalu ambil dan hantar saya bekerja itu hanya turunkan saya di sempadan jalan yang dibaiki tersebut...
saya tak kisah sebenarnya...sekali sekala jalan kaki..saya ni pun bukan selalu dapat berjalan cam ni...naik bukit turun bukit...hehehe tak la jauh sangat pun....hari ini pula saya kena tumpang pergi dan balik dari kerja sebab 'pakcik' nak p KK ada urusan....tak tau urusan apa...

semalam saya menonton siaran langsung Liga Super antara Kedah dan Pulau Pinang...2-0....pas tu saya tertidur tak tau keputusan akhirnya...rasanya Kedah la yang ambik tu...

Rabu, Januari 17, 2007

Nasi Minyak

kucing Ina kat kampung (ceng)

Rindu sangat nak borak ngan Ina...semalam Ina sms saya...banyak citer yang kami kongsi...sms ina yang last sekali....
"Aku pn slu fkir g2 psl ko bkn pa kta dh msuk 26 thn rugi rsnya kta mbjng ja ko pnh tfkir ka klu kta ada ank ada gak yg tlg tgk2 kta ada hsbng tmp bmja, kngsi suka duka.skurg2ny bla kta dh xda ada gak wris kta x g2.pnh ko tfkir."
tapi saya tak dapat balas bab saya dah ZZZZzzzzzzzz.......heheeh
Ina dah semakin matang la sekarang ni...maklumlah dah menjangkau umur 'tua-tua'...sorry Ina gurau jer ko memang sentiasa comel n montel...rasanya Ina dah bersedia untuk berkongsi hidup ngan seseorang...kalau dah sampai jodoh buat apa tunggu lama-lama...dah sampai seru agaknya....saya akan sentiasa mendoakan kebahagian Ina...tapi Ina ni kalau boleh nak kami tiga sepupu (3 dara pingitan-gelaran kuarga kat kami) naik pelamin sama...hahahaha...lucu pula ngan angan-angan Ina ni....mesti gempak bila 3 dara pingitan ni kahwin sama-sama n menjadi sejarah dalam keluarga kami n kat kampung....

sebenarnya memang la ada tefikir cam tu...tapi saya cam liat sikit la nak berjiwa-jiwa ni...tak tau kenapa...bukan saja kawan-kawan malah keluarga sendiri selalu bertanya "bila lagi nak kenalkan..."...."bila nak makan nasi minyak ko ni"....kuikuikui....

Landu pun selalu betanya soalan yang sama....ko tu Landu bila lagi...tak baik kawan lama-lama tau....



P/S:jan risau kalau ada jodoh korang makan juga nasi minyak saya...hehehehe..tak pun nanti saya belanja korang makan kat restoran Mohammad Bismillah...nasi minyaknya sedap hingga menjilat jari kaki..hehehe

Selasa, Januari 16, 2007

MyFriends

[Landu]
sory la ya..saya bukannya lupa nak say "Birthday" (14.01.2007) kat awak...tapi kebetulan waktu saat dan tika itu kredit saya dah abis la....hope u understand k...jan nak marah-marah dan merajuk lagi...saya bukannya kiki yang pandai pujuk-pujuk awak...hehehe..dah tua ni bila nak kahwin????...

[Ina]
sombong ko sekarang ah...lama uda ko ndak miskol n antar sms ngan aku..ndak pa ko Ina...ko tu aku tau ingat kat 'abang' ko jer...aik...baru jer aku nak start umpat dia...dah miskol...cam tau-tau jer yang dia kena umpat ni...Sory Ina aku tau ko tak da krdt...ko tetap sepupu n friend aku yang understanding...mmuuaaaah...sayang awak...nanti klu ko ada jodoh ngan 'ustad' tu jan pla ko lupa diri..n yang penting jan lupakan aku..hehehehe....

[Mun n Murnie]
korang dah sampai kat KL ke (14.01.2007)...pa pun i hope u all enjoy your life there n take care kat rantau orang...

[Awang]
lum ada jawatan kososng la...nanti ada pa2 berita aku sms jer ko..heheh...Durian masih ada lagi ker...ko ni ndak penah la bagi kat aku...ndak pa nanti aku p KK aku minta durian kat ko...

[Mamat]
orang ni kan...geram juga aku kekadang...macam biskut sekejap ada kejap tak ada....Didi.....

[Nan]
ni lagi sorang...susah la nak kenalkan ko ngan awek ni..tak da awek surau yang aku jumpa n sesuai ngan jiwa ko...ala Nan susah-susah minta parents ko carikan calon...hehehe...

P/S: You all is my friends 4 ever...

Khamis, Januari 04, 2007

A Special Friend

SomeTimes in Life, You FinD a SpeciaL FrieNd
Someone Who Changes Your Life Just By Being Part Of It
Someone Who Makes You Laugh Until You Can't Stop
Someone Who Makes You Believe That There Really Is Good In The World
Someone Who Convinces You That There Really Is An Uncloked Door Just Waiting For You To Open It.
This Is Forever Friendship.

When You're Down And The World Seems Dark And Empty.
Your Forever Friend Lifts You Up In Spirit And Makes That Dark
And Empty World Suddenly Seem Bright And Full.
Your Forever Friend Gets You Through The Hard Times, The Sad Times And Confused Times.

If You Turn And Walk Away, Your Forever Follows.
If You Lose Your Way, Your Forever Friends Guides You And Cheers You On.
Your Forever Friend Hold Your Hand And Tell You That Everything Is Going To Be Okay.

And If You Find Such A Friend, You Feel Happy And Complete Because You Need Not Worry
You Have A Forever, And Forever Has No End.







Rabu, Januari 03, 2007

Waaaaaa

Hari ini hari rabu....setiap hari rabu ada tamu kat pekan Kota Belud. Aku bercadang nak turun awal..tapi lepas solat subuh tadi aku sambung tidur lagi..mmmmm.....maka lewatlah jawapnya aku turun pekan hari ini..

Sampai sahaja kat pekan...aku tercari-cari Imang (sepupuku merangkap kawan and sahabatku..sepupuku yang seorang lagi (Ina) dah lama membawa diri kat KK selepas peristiwa 'orang minyak' tu)..maklumlah aku ni bukannya ramai kawan kat KB ni...meskipun aku dilahirkan ,membesar dan bersekolah kat sini...ramai orang cakap segan nak berkawan denganku..tak tau kenapa...aku ni jahat ke, sombong ke, tak mesra ke atau sememangnya tak layak nak dibuat kawan...mmmm agaknya..InsyaAllah aku akan cuba perbaiki diri dan beramah mesra dengan orang sekelilingku...

Tiba sahaja aku di depan pintu tempatku bekerja, aku terus mencari kunci mangga di dalam begku..tidak ada..aku terus mencari dari satu poket ke satu poket dalam begku...tidak ada...akhir sekali aku curahkan semua makhluk asing dalam begku...berdentingan duit syiling jatuh di atas lantai semen...tidak ada juga...aku tarik nafas dan bertenang buat beberapa minit....baru aku teringat kelmarin aku lupa mengambil kunci di atas meja sebelum pulang.....aku call isteri bosku (merangkap kawan sekerjaku)..phonenya tidak berjawab...akhirnya aku call big boss..ok...on the way...

semalam Landu tak balas SMSku....dia dalam keadaan ber sedih...sedih coz rindu kat 'bf' dia...Kiki ko call la c Landu...rindu dia ngan ko..aku ko ndak rindu ka Landu....hehehe

Isnin, Januari 01, 2007

SeLamaT TaHuN BaRu

31 Disember 2006...sudah berlalu..buat pertama kalinya kita menyambut Hari Raya AidilAdha pada penghujung tahun...
.
"Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Manyambut Tahun Baru, Selamat Memulakan Azam Baru...mulakan semuanya dengan SELAMAT"

Hari ini 1 Januari 2007...bermulalah satu era baru di tahun baru dengan azam dan semangat baru...

Selamat Tahun Baru....!!!!!