Sabtu, Disember 16, 2006

Wanita VS Lelaki

CANTIKNYA WANITA

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.

  1. Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulit mulus menggebu terdedah.
  2. Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.
  3. Cantik seorang wanita itu. sebagai isteri merempuh badai di sisi suami.
  4. Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai.
  5. Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak di kala suami menjalin mimpi.
  6. Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua.
  7. Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cicit-cicit.
  8. Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara.
  9. Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf.
  10. Cantik seroang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi profesionalis.
  11. Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.

LELAKI SEJATI

Lelaki Sejati bukanlah dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya..

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi ari kelembutannya mengatakan kebenaran..

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa..

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat kerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah..

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu..

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmenya terhadap wanita yang dicintainya..

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan..

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca..

p/s: renung-renungkanlah diri anda...

Tiada ulasan: