Sabtu, Disember 30, 2006

SeLaMaT PenganTiN Baru

29 Disember 2006 (malam)...semalam saya datang ke majlis berinai seorang kawan sekelas saya sekolah rendah dahulu. (sebenarnya dia dah kahwin di Sandakan...isterinya orang sana...ini cuma majlis untuk ahli keluarga di kampung). Ani' namanya. Dia bukan perempuan tetapi lelaki. Ani' merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Rasa terharu sangat dengan perkahwinannya...gembira dan juga rasa kecil sangat diri ini di mata dia...jangan salah sangka pula...dia bukan x boyfriend saya...bukan juga rakan baik saya tetapi dia merupakan rakan yang menjadi persaingan saya dalam pelajaran, kerjaya seterusnya dalam kehidupan ini....Ani' membeci saya ketika berada di sekolah rendah dahulu...kebenciannya akan semakin membara setiap kali saya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di dalam kelas...Ani' akan selalu mengadu dengan ibunya yang dia amat sakit hati dengan saya kerana dia hanya mendapat tempat kedua...dan ibunya akan memberitahu kepada ibu saudara saya yang merupakan kawan baik ibunya...pendek kata kami selalu dibandingkan...

Namun Ani' selalu berkata bahawa suatu hari nanti dia akan lebih berjaya berbanding saya...Akhirnya kini terbukti...Ani' berjaya dalam hidupnya...Ani' merupakan seorang graduan dalam kejuruteraan (tak tau plk dalam bidang apa) dan kini bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Kota Kinabalu...Ani' mampu berbangga...Senyuman sinis Ani' semalam menyatakan bahawa saya jauh ketinggalan daripada dia...saya tidak berkecil hati...sebaliknya saya berbangga dengan kejayaannya...

Walau bagaimanapun itu tidak bermakna saya sudah berputus asa...malah ia memberi saya semangat untuk terus berjaya...saya masih mempunyai matlamat dalam hidup ini....saya tahu bahawa setiap orang mempunyai rezeki masing-masing...sama ada cepat atau lambat sahaja mereka akan dapat mencapainya...




P/S: SeLaMaT PenganTin Baru buat Ani'
(Sharif Mohd Azni B. Sharif Tawang)

Tiada ulasan: