29 Disember 2006 (malam)...semalam saya datang ke majlis berinai seorang kawan sekelas saya sekolah rendah dahulu. (sebenarnya dia dah kahwin di Sandakan...isterinya orang sana...ini cuma majlis untuk ahli keluarga di kampung). Ani' namanya. Dia bukan perempuan tetapi lelaki. Ani' merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Rasa terharu sangat dengan perkahwinannya...gembira dan juga rasa kecil sangat diri ini di mata dia...jangan salah sangka pula...dia bukan x boyfriend saya...bukan juga rakan baik saya tetapi dia merupakan rakan yang menjadi persaingan saya dalam pelajaran, kerjaya seterusnya dalam kehidupan ini....Ani' membeci saya ketika berada di sekolah rendah dahulu...kebenciannya akan semakin membara setiap kali saya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di dalam kelas...Ani' akan selalu mengadu dengan ibunya yang dia amat sakit hati dengan saya kerana dia hanya mendapat tempat kedua...dan ibunya akan memberitahu kepada ibu saudara saya yang merupakan kawan baik ibunya...pendek kata kami selalu dibandingkan...
Namun Ani' selalu berkata bahawa suatu hari nanti dia akan lebih berjaya berbanding saya...Akhirnya kini terbukti...Ani' berjaya dalam hidupnya...Ani' merupakan seorang graduan dalam kejuruteraan (tak tau plk dalam bidang apa) dan kini bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Kota Kinabalu...Ani' mampu berbangga...Senyuman sinis Ani' semalam menyatakan bahawa saya jauh ketinggalan daripada dia...saya tidak berkecil hati...sebaliknya saya berbangga dengan kejayaannya...
Walau bagaimanapun itu tidak bermakna saya sudah berputus asa...malah ia memberi saya semangat untuk terus berjaya...saya masih mempunyai matlamat dalam hidup ini....saya tahu bahawa setiap orang mempunyai rezeki masing-masing...sama ada cepat atau lambat sahaja mereka akan dapat mencapainya...
P/S: SeLaMaT PenganTin Baru buat Ani'
(Sharif Mohd Azni B. Sharif Tawang)
Sabtu, Disember 30, 2006
Sabtu, Disember 16, 2006
Wanita VS Lelaki
CANTIKNYA WANITA
Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.
LELAKI SEJATI
Lelaki Sejati bukanlah dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi ari kelembutannya mengatakan kebenaran..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat kerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmenya terhadap wanita yang dicintainya..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca..
p/s: renung-renungkanlah diri anda...
Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.
- Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulit mulus menggebu terdedah.
- Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.
- Cantik seorang wanita itu. sebagai isteri merempuh badai di sisi suami.
- Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai.
- Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak di kala suami menjalin mimpi.
- Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua.
- Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cicit-cicit.
- Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara.
- Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf.
- Cantik seroang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi profesionalis.
- Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.
LELAKI SEJATI
Lelaki Sejati bukanlah dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi ari kelembutannya mengatakan kebenaran..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat kerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmenya terhadap wanita yang dicintainya..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan..
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca..
p/s: renung-renungkanlah diri anda...
Khamis, Disember 14, 2006
Sayang KinaBalu

tau tak gambar apa ni.....tak tau kesiannya....ha tu la..kecik-kecik kena suruh belajar tak mahu...dah besar menyusahkan orang...hehehe....
Ini gambar Gunung Kinabalu....tapi part belah mana saya pun tak tau....sebab saya ni bukannya penah pergi panjat Gunung Kinabalu ni pun....sebenarnyaaaaa......masa sekolah dahulu saya pernah join nak mendaki Gunung Kinabalu ni bersama Kelab Pencinta Alam...tapi saya bukannya dari kelab tersebut.....tetapi kelab ini membenarkan pelajar dari kelab lain untuk menyertai aktivit tersebut....tanpa berlengah saya ajak kawan-kawan untuk mengikuti aktiviti tersebut...

latihan selama sebulan mendaki bukit yang behampiran dekat sekolah dijalankan setiap hari....maka tibalah masanya untuk membuktikan kemampuan kami mendaki GUNUNG KINABALU yang menjadi kebanggaan Negeri Sabah Di Bawah Bayu ini (saya memang bangga menjadi anak kelahiran Sabah......kenapa ya ramai anak Sabah yang tidak mengaku diri mereka orang Sabah bila sampai ke Tanah Semenanjung.....???????)... TAPI.....apa yang saya impikan hanya menjadi kenangan......Waaaaaaa......!!!!!!!! nak tahu kenapa.....akhirnya hajat saya untuk menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu tidak kesampaian.....mak saya dapat tahu la.....ha tu la....surat kebenaran mendaki gunung yang seharusnya diberikan kepada ibubapa ditemui oleh mak saya.....tidak boleh..tidak boleh ...tidak boleh....itulah yang mak saya katakan di saat-saat 2 hari lagi keberangkatan ke Kundasang Ranau.....hampeh betul...dan hinggalah ke saat ini hasrat saya untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu masih tersemat di hati saya.....dan saya pasti suatu hari nanti saya akan sampai ke sana......
P/S:orang kata tak sah jadi orang Sabah kalu tak pernah sampai ke puncak Gunung Kinabalu.....(Kalau pergi kat Ranau tu pernah lah..hehehe)
Langgan:
Ulasan (Atom)