assalamualaikum..
emmmm...lama juga aku tidak berkunjung ke blogku ini...tidak ada yang menarik sangat sepanjang minggu ini....
biasanya perkara yang akan menyerikan hidup ini adalah kerenah dan peristiwa yang dialami oleh rakan-rakanku..
nak tau satu cerita....apa lagi kalau bukan cerita pasal Ina....
Dulu Ina telah kehilangan orang yang paling disayanginya...tatkala insan tersebut berhasrat untuk menyunting Ina sebagai teman hidupnya dan tatkala hati Ina terbuka untuk menerima cinta dari seorang yang bernama lelaki...tiba-tiba insan tersebut telah pergi buat selamanya...Al-Fatihah buat Allahyarham...
sejak kejadian tersebut aku dan rakan-rakan yang lain selalu memberitahu Ina... "Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya". Ina terus tabah menghadapi dugaan yang diterimanya...
"Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya"
25 ogos 2006 - Jumaat
seorang lelaki yang baru Ina kenali dan baru bertemu sebanyak 3 kali berhasrat untuk melamar Ina...Jass namanya...bekerja sebagai Jurutera di pelantar minyak dan berumur 33 tahun...
Jass sungguh-sungguh untuk menjadikan Ina sebagai suri hidupnya..Ina terkejut dan menangis dengan hasrat Jass tersebut...Ina tidak dapat membuat keputusan dalam keadaan yang begitu...semuanya terlalu pantas baginya...Ina meminta tempoh untuk memikirkan perkara tersebut...Ina harus memberitahu kedua orang tuanya tentang hasrat Jass terhadapnya....bagi Ina...jika baik bagi keluarganya maka baik la baginya....
dan.... seperti biasa Ina akan memberitahu kepada ku...menceritakan apa yang berlaku dan bertanya pendapat ku....
pendapatku......
aku bertanya kepada Ina....adakah sedikit perasaan terhadap jass...Ina dengan jujur menjawab....masakan aku memberi nombor telefon sekiranya tidak terdetik sedikit perasaan kasih terhadapnya....pada aku siapa sahaja pilihan Ina yang penting Ina akan bahagia....
tapi aku mengingatkan Ina tentang satu perkara....Ina pernah memberitahu kepada ku bahawa dia ingin mencari Jodoh bukan dari KB...Jass orang KB....ya...itu menjadi penghalang kepada hasrat jass terhadap Ina ....tapi kalau sudah jodoh Ina dengan Jass tak akan ke mana...
apapun aku doakan Ina akan bahagia walau dengan siapa Ina akan bersama kelak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan