Isnin, Julai 10, 2006

KawaN

"aku pi masuk wadla nom..aku mo oprate ari 1 ni...aku x smpt mkn 'tapai' ko 2 la..utk pngethuan ko aku oprate dari hidung sblh kanan..ktmbuhan...ala yg slalu aku sakit kplala 2..ada tumor ba..on my oprate 70%-30%...sorry ckp p german...sbnrny msk wad utk oprate..klu pnjg umur dpt la kita jmpa nti..klu pndk umur...sedekah ja al-fatihah.."


sent:
6-july-2006
23:36:49

itulah sms yang aku terima dari seorang kawanku yang aku kenali di tempat aku menjalankan praktikal dulu..terasa sedikit berdetak jantungku membaca smsnya....

9-july-2006:AHAD...Aku dan Ina p KK bertemu kawan-kawan satu kelas dahulu....Fiza dan Pija...mereka dah tamat kontrak bekerja di syarikat Nonim...F dan P tidak berhasrat untuk menyambung kontrak mereka...mereka berdua ingin balik ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu keluarga sebelum mencari kerja di tempat lain..
Fiza ingin berhijrah ke KL dan mencuba nasib di sana..sementara Pija pula ingin mencari pekerjaan di sekitar KK Sahaja..

Awang..seorang lagi kawan dalam kurusus yang sama semasa belajar dulu juga turun ke KK untuk bertemu dengan kami...banyak perkara yang ingin dibualkan tentang diri masing-masing tapi tidak berkesempatan kerana masa tidak mengizinkan...Aku dan Ina harus pulang ke KB kerana takut akan ketinggalan kereta untuk balik ke kampung..



sebelum balik kami mengajak Awang ke hospital Queen Elizabeth KK untuk melawat Salem...aku jadi terharu melihat keadaan Salem...Salem yang dulu ceria dan lincah hanya mampu duduk di katil sahaja..dia tidak dapat berdiri dan berjalan lama kerana mudah berasa letih...anyway...hajat saya untuk bertemu Salem dah kesampaian...cuma aku rasa terkilan kerana tidak dapat membawa 'tapai' seperti yang diidamkannya..

kepada Awang...thanks kerana bersusah payah membawa kami ke hospital untuk melawat Salem...walaupun tidak mengenalinya...oh ya..YOYO awak selesai....next time saya belanja lagi k...

sampai sahaja di rumah...aku membuka sim kad maxis dan memasang sim DG..apabila 'on' sahaja...berderet-deret sms yang aku terima....semuanya dari Faris....
apahal lagi dia ni....aku baca....emmmm....



baru sahaja aku balik dari hospital melawat Salem....sekarang Faris pula yang masuk hospital...nasib baik cedera sedikit sahaja akibat main bola...Sapa suruh tiru gaya Luis Figo...ha kan dah pengsan..

hari ini pembedahan Salem akan dijalankan...tapi tak tau jam berapa..semoga pembedahan akan berjalan dengan lancar dan Salem akan sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa...

Tiada ulasan: