Jam 2 petang..cuaca agak baik jd fikir-fikir nak balik awal bab nak p bayar bil-bil. Ketika sampai di Kg. Ulu Kukut hujan mulai turun dan bila sampai di Kg. Pandasan hujan makin lebat berserta dengan angin, guruh dan kilat. Hujan yang lebat menyebabkan pemandangan agak sukar. Namun saya masih meneruskan perjalanan seperti biasa. Ketika sampai di satu selekoh di Kg. Penampang tiba-tiba kereta tiba-tiba berhenti serta merta dan saya sikit terdorong ke depan dengan bunyi guruh yang sangat kuat. Apabila saya melihat di hadapan cermin kereta retak dan apabila saya melihat sekeliling kereta dipenuhi dengan dahan dan ranting pokok. Rupa-rupanya sebatang pokok besar tumbang dan menghempap kereta ketika saya lalu. Bumbung kereta kemek teruk dan air hujan memasuki dalam kereta. Kereta yang lalu dari dua arah berhenti untuk membantu memotong mengalihkan dahan-dahan dan batang pokok yang besar tersebut. Setelah itu beberapa orang membantu saya keluar dari kereta. Kemudian saya berlari berteduh di sebuah rumah yang berdekatan. Apapun saya masih bersyukur kerana saya selamat dan tidak mengalami kecederaan. Terima kasih kepada semua yang membantu.
Keadaan setelah hujan berhenti..pokok berjaya dipotong dan dialihkan. (Tidak sempat mengambil gambar ketika pokok belum dipotong)

