Sabtu, April 30, 2016
Ibu Amirul & Uwais dan Baby Damia Husna: 21 Jenis Makanan Sunnah
Ibu Amirul & Uwais dan Baby Damia Husna: 21 Jenis Makanan Sunnah: Tengahari tadi suami saya memberitahu bahawa dia akan ke kenduri (maka tidak dapat ber'dating' dengan saya). It's okay for me...
Jumaat, April 29, 2016
SAHABAT...PERGIMU TAK KAN KEMBALI
Hari ini saya cuti untuk majlis kahwin anak buah. Saya mengambil kesempatan hari ini untuk menziarahi kawan yang 'Telah Kembali KepadaNya". Memandangkan saya memang biasa dengan keluarga arwah membuatkan saya sebak apabila melihat Ibu arwah, dan adik-beradiknya satu persatu. Namun yang paling menghibakan hati dan membuat air mata ini menitis apabila di satu sudut saya melihat adik kedua arwah sedang menyusukan anak arwah tersebut. Melihat anak-anak arwah yang kesemuanya adalah perempuan dan masih kecil lagi membuatkan air mata terus mengalir tanpa menghiraukan orang disekeliling memandang. Apabila melihat arwah sedang dikapankan membuatkan air hangat bertakung dikelopak mata. Sedar akan hakikat bahawa arwah benar-benar telah pergi meninggalkan keluarga, sahabat-sahabat dan semua yang mengenali beliau. Masnirawati @ Nilang semoga aman dikau di sana. Kami akan menyusul juga satu hari nanti.
Khamis, April 28, 2016
Masnirawati@Nilang
Terkejut, tidak percaya...itulah yang dirasai oleh ramai kawan-kawan bila mendengar berita pemergian seorang kawan dan sahabat sekolah menengah dahulu. Masnirawati Bt. Marjalan atau nama panggilannya 'Nilang' di kalangan kami telah pergi kembali ke rahmahtullah siang tadi.
Menurut cerita dari ramai kawan-kawan kematian beliau adalah disebabkan oleh buatan orang, ada juga yang mengatakan ia disebabkan oleh kesan dari pembedahan selepas bersalin. Wallahhualam..Apa pun punca kematian hanyalah sekadar asbab kepada janji yang pasti iaitu MATI.
Ini menyedarkan kita bahawa kematian tidak mengira usia, bila sampai masanya giliran kita pula.
Sempat ber'mesej' dengan arwah dan bertanya khabar. Sesungguhnya banyak kenangan bersama beliau ketika zaman sekolah. Semoga beliau ditempatkan di dalam golongan yang beriman. Aamiin.

Rabu, April 06, 2016
e-tukar sesi 2/2016
Memohon e-tukar lagi bagi sesi 2/2016. Bila buka https://etukar.moe.gov.my/ paparan ini keluar...
DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN BAGI SESI 2/2016 AKAN DIBUKA PADA 4 APRIL 2016 BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. HARAP MAKLUM.
Hari seterusnya.....
DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN BAGI SESI 2/2016 AKAN DIBUKA PADA 5 APRIL 2016 BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. HARAP MAKLUM.
dan hari ini.....
DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN BAGI SESI 2/2016 AKAN DIBUKA PADA 8 APRIL 2016 BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. HARAP MAKLUM.
aisey...bila la dibuka permohonan tukar ni....

Langgan:
Ulasan (Atom)