AKU amat terharu dan sedih yang teramat sangat. Tapi aku hairan kenapa air mataku tidak mengalir bersama mengiringi kesedihan ini. 3 bulan perkenalan kami sudah cukup aku menyayangi dia. Tapi sayang sebagai sahabat sahaja...sebab ada orang lain yang lebih menyayanginya iaitu sepupuku...Ina.
aku bersedih bukan kerana R pergi buat selamanya. aku redha dengan pemergiannya...sudah tiba janjinya dengan Yang Maha Esa...apa yang membuatkan aku terkilan ialah sepenjang perkenalan kami, R hanya mengenaliku sebagai Liza...R tidak tahu akan nama sebenar ku...cara pemergiannya yang menyayat hati juga menambahkan kesedihan ini bila mengenangnya......
namun orang yang lebih sedih ialah sepupuku Ina...sehari semalam Ina tidak makan apabila mengetahui R sudah tidak ada lagi...
pada mulanya Ina tidak percaya dengan berita yang disiarkan di TV3. Bagi meminta kepastian Ina menelefon adik R. namun tiada jawapan. Ina menghantar SMS meminta dihubungi segera..tidak lama selepas itu abang R menghubungi Ina....Ina terduduk menangis tanpa dapat berkata-kata apabila abang R menyampaikan berita pemergian R.....Hanya 'Ya Allah...' yang dapat Ina sebut pada masa itu.....
Ina terus menelefonku....malangnya pada malam itu aku pergi ke rumah jiran menghadiri majlis berinai.....liputan Maxis tidak ada....maka sukar untuk Ina menghubungiku....apabila Ina dapat menghubungiku aku amat terkejut denga berita yang disampaikan oleh Ina dalam keadaan yang teresak-esak....hanya Al-fatihah yang dapat aku sedekahkan kepada Allahyarham...malam itu aku tidak tenteram bukan kerana R telah kembali kepadaNya tapi aku lebih risaukan keadaan Ina pada malam tersebut.......esoknya aku mohon cuti setengah hari.....
tiba sahaja di rumah Ina ..... aku lihat Ina duduk di beranda....Ina terus menangis melihatku dan terus menangis apabila ku hulurkan Berita Harian yang aku beli untuknya...."Bapa, anak lemas jambatan runtuh"....Ina terus menangis dan menangis.... kejadian itu berlaku pada 02.06.2006 pada jam 8.00 pagi..Ina kata R sempat membuat miss call kepadanya pada jam 7.30 pagi itu.... apabila Ina menghantar SMS dan membuat panggilan tidak ada sebarang jawapan......sehinggalah panggilan dari abang R Ina terima......
Ina amat terkilan sepanjang perkenalan mereka selama 2 tahun Ina dan R tidak pernah berjumpa........dan 10.06.2006 sempena Birthday Ina mereka berjanji untuk menunaikan hasrat selama ini....namun janji kini tinggal memori kepada Ina kerana R telah pergi buat selamanya tanpa dapat bertemu dengan Ina dahulu.........R pergi menemui Tuhan....
Al-Fatihah......